• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Zahir Penghargaan Buat Pasukan Keselamatan Bertugas Semasa Aidilfitri

oleh Mohd Arshad
19/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Agong Zahir Penghargaan Buat Pasukan Keselamatan Bertugas Semasa Aidilfitri
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan yang terus komited menjalankan amanah serta tanggungjawab ketika sambutan Aidilfitri.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda menyanjung tinggi pengorbanan anggota keselamatan dan penguat kuasa yang tetap bertugas demi memastikan keamanan, ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat terpelihara ketika masyarakat meraikan lebaran bersama keluarga.

“Mendoakan agar semua anggota yang sentiasa berada dalam lindungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan sepanjang melaksanakan tugas,” titah baginda hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdan Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (19 Mac).

Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan nasihat kepada rakyat supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya khususnya semasa pulang ke kampung halaman bagi menyambut sambutan Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Seri Paduka Baginda bertitah agar semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas, menjaga keselamatan diri serta tidak tergesa-gesa ketika memandu demi mengelakkan kejadian tidak diingini. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Tags: Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

27/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia dipilih sebagai lokasi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 didorong...

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

21/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dimeterai pada 22 November 2022...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd