• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Bantah Tamim Dahri Sertai PKR, Gesa Tolak Permohonan Keahlian  

oleh AK-47
09/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
ADUN Bantah Tamim Dahri Sertai PKR, Gesa Tolak Permohonan Keahlian  
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Permohonan Aktivis Tamim Dahri Abdul Razak untuk menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu ditolak kerana dikhuatiri memberi mesej yang salah kepada masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat mendakwa, penerimaan individu tersebut tidak selari dengan prinsip kesederhanaan yang menjadi pegangan parti itu.

Menurutnya, PKR berpegang teguh kepada prinsip kesederhanaan, keterangkuman dan keadilan dalam mengurus konflik masyarakat berbilang kaum.

“Ketika menjadi pembangkang kita tidak berganjak daripada prinsip kesederhanaan, tidak ada sebab untuk kita mengorbankan idealisme itu apabila berada dalam kedudukan berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Wei Kiat berkata, tindakan yang melanggar prosedur undang-undang seperti merobohkan rumah ibadat tanpa melibatkan pihak berkuasa juga tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang boleh diterima.

Menurutnya, parti telah menetapkan bahawa setiap tindakan perlu mematuhi proses undang-undang bagi mengelakkan ketegangan kaum dalam masyarakat.

Beliau menambah, PKR perlu terus memperkukuh imej reformasi dengan menegaskan komitmen terhadap politik sederhana, inklusif dan berteraskan keadilan.

“Parti ini tidak boleh menjadi ruang kepada provokasi atau sentimen sempit yang memecahbelahkan masyarakat, sebaliknya mesti terus memupuk semangat persaudaraan berasaskan nilai kemanusiaan dan kepelbagaian,” katanya. – MYNEWSHUB 

Sumber Info Dan Foto: FB Chua Wei Kiat

Tags: Kuil HaramTamim Dahri
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

RSN Rayer Persoal Mengapa Tamim Dahri Belum Ditangkap Dan Didakwa

RSN Rayer Persoal Mengapa Tamim Dahri Belum Ditangkap Dan Didakwa

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mempersoalkan mengapa belum ada tindakan dikenakan terhadap aktivis Tamim Dahri yang beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd