• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Pijak Al-Quran Hadapi Pertuduhan Mahkamah Esok 

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Suspek Kes Pijak Al-Quran Hadapi Pertuduhan Mahkamah Esok 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Individu bernama S. Vikneswaran yang disyaki memijak al-Quran dan memuat naik gambar perbuatan tersebut di media sosial akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan (Akta 574) esok.

Jabatan Peguam Negara (AG) dalam satu kenyataan berkata, hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap lelaki berkenaan.

“Sehubungan itu, jabatan ini telah memutuskan untuk mendakwanya di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana mencemarkan objek yang dianggap

suci iaitu Al-Quran dengan memijaknya yang mana perbuatan tersebut dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam,” kata kenyataan itu hari ini.

Selain itu, AG turut memutuskan untuk mendakwa lelaki berkenaan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588] kerana membuat dan

memulakan suatu hantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.

Menurut AG, kedua-dua pertuduhan tersebut akan dikemukakan di Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa pada 3 Mac 2026.

“Seksyen 295 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Manakala sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

Bulog Bangga Stok Beras Kerajaan Indonesia Cecah 4.5 Juta Tan, Dakwa Jauh Atasi Stok Penimbal Malaysia

Bulog Bangga Stok Beras Kerajaan Indonesia Cecah 4.5 Juta Tan, Dakwa Jauh Atasi Stok Penimbal Malaysia

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Perbadanan logistik makanan nasional Indonesia itu membandingkan kekuatan simpanan berasnya dengan stok penimbal Malaysia yang direkodkan sekitar 200,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd