• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh 10 tahun Cukup Untuk Berkhidmat Sebagai PM Kalau Ikhlas – Anwar

oleh Mohd Arshad
20/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tempoh 10 tahun Cukup Untuk Berkhidmat Sebagai PM Kalau Ikhlas – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LANGAT – Tempoh dua penggal berkhidmat sebagai Perdana Menteri adalah mencukupi jika seseorang yang memegang jawatan itu ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sesiapa yang berkhidmat kepada negara dengan ikhlas akan mendapati 10 tahun adalah mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

“Selepas itu, jawatan itu wajar dibuka kepada rakan-rakan lain untuk meneruskan khidmat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Cheeding hari ini.

Beliau ditanya mengenai Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri akan terpakai kepada dirinya terlebih dahulu.

Menurut beliau, cadangan itu boleh dipercepatkan dan jika mendapat persetujuan majoriti Ahli Parlimen, ia mungkin diluluskan pada persidangan Parlimen akan datang. – MYNEWSHUB

Tags: Anwar Ibrahim
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd