• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Struktur Misteri Di Bukit Tunku Undang Tanda Tanya Orang Ramai

oleh Mohd Arshad
23/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Struktur Misteri Di Bukit Tunku Undang Tanda Tanya Orang Ramai
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Kemunculan satu struktur dipercayai menyerupai binaan keagamaan di kawasan Bukit Tunku, di sini, mencetuskan tanda tanya dalam kalangan orang ramai selepas ia dikongsi di media sosial.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna Instagram, Azlan Aiman, yang memuat naik video memaparkan struktur berkenaan ketika beliau melalui kawasan tersebut dalam perjalanan pulang dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurutnya, Bukit Tunku merupakan laluan yang sering digunakan untuk berjoging pada hujung minggu, namun beliau menyedari kewujudan struktur itu yang sebelum ini tidak pernah dilihat.

“Bukit Tunku is where I usually run on weekends but haven’t been there for quite some time. Saw this yesterday on my way back to LHDN. Not sure what it is…,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Berdasarkan video yang tular, struktur itu kelihatan dibina berhampiran sebatang pokok besar, lengkap dengan laluan berturap, hiasan batu putih serta dua patung berbentuk gajah berwarna emas yang mengapit sebuah altar kecil.

Setakat ini, tujuan sebenar pembinaan struktur tersebut masih belum diketahui, termasuk sama ada ia dibina dengan kebenaran pihak berkuasa atau untuk kegunaan tertentu.

Tinjauan Mynewshub di ruangan komen mendapati warganet tampil dengan pelbagai spekulasi, ada yang mengaitkannya dengan elemen keagamaan, manakala sebahagian lain meminta pihak berkuasa tempatan menyemak status pembinaan berkenaan, memandangkan kawasan Bukit Tunku terkenal sebagai kawasan hijau dan rekreasi awam.

Sehingga laporan ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan mengenai struktur tersebut.

Mynewshub sedang mendapatkan maklum balas lanjut daripada pihak berwajib bagi menjelaskan status dan latar belakang pembinaan berkenaan.

Tags: Kuil Haram
Share327Tweet205SendShare

Related Posts

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang meminta masyarakat India menerima permohonan maaf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menggunakan istilah "kuil haram" ketika merujuk rumah ibadat yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd