Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Struktur Kuil haram di tanah Yayasan Kubra di Rawang, Selangor telah dirobohkan tengah malam tadi.
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata, kerja-kerja perobohan itu dilakukan mengikut lunas undang-undang.
“Pihak penceroboh telah memindahkan berhala dari kuil haram sebelum tamat tempoh 14 hari sebagaimana persetujuan.
“Setelah itu, Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia diketuai Tok Chindai dan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah diketuai Ustaz Masridzi yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja perobohan struktur oleh Yayasan Kubra sebagai pemilik sah tanah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari Ini.
Firdaus Wong berkata, kerja-kerja perobohan berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
“Gotong royong pembersihan masih diteruskan mengikut jadual iaitu pada pukul 5 petang hari ini,” katanya. – MYNEWSHUB


