• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Ke Atas Iran Merupakan Jenayah Perang – PAS

oleh Mohd Arshad
28/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Serangan Ke Atas Iran Merupakan Jenayah Perang – PAS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

 

KUALA LUMPUR – PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang melancarkan serangan dan pencerobohan terhadap Republik Islam Iran, hari ini.

 

Serangan itu dilaporkan berlaku ketika proses rundingan sedang berjalan, sekali gus dikesali kerana jelas melanggar norma keadilan sejagat.

 

PAS menegaskan tindakan itu juga merupakan jenayah perang yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa serta Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, serangan tersebut menyerlahkan sikap sebenar AS dan sekutunya Israel yang mengabaikan undang-undang dan nilai kemanusiaan sejagat.

 

Beliau menuntut Majlis Keselamatan PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengambil tindakan tegas untuk menghentikan serangan tersebut.

 

“PAS mengecam keangkuhan Amerika Syarikat, sekutu kuat regim Israel, terhadap situasi yang berpotensi mengancam prospek keamanan dunia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

 

Serangan itu menambah ketegangan antarabangsa di tengah usaha diplomasi yang sedang berlangsung, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kestabilan serantau.

 

PAS menegaskan bahawa keamanan sejagat harus menjadi keutamaan, dan setiap negara mesti menghormati undang-undang antarabangsa demi mengekalkan keamanan dunia. – MYNEWSHUB

Tags: IranIsrael
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd