• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Ke Atas Iran Langgar Prinsip Undang-Undang Antarabangsa – Tok Mat

oleh Mohd Arshad
28/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Serangan Ke Atas Iran Langgar Prinsip Undang-Undang Antarabangsa – Tok Mat
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis yang melancarkan serangan terhadap Republik Islam Iran, yang disifatkan sebagai satu tindakan agresif dan melanggar undang-undang antarabangsa.

 

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, serangan tersebut amat membimbangkan dan berisiko mencetuskan ketegangan yang lebih besar di rantau berkenaan.

 

“Sebentar tadi, dunia dikejutkan dengan tindakan rejim Zionis yang melancarkan serangan terhadap Republik Islam Iran. Tindakan ini amat membimbangkan dan berisiko mencetuskan ketegangan yang lebih besar di rantau tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Menurut beliau, tindakan itu jelas melanggar prinsip undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Geneva, resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB, Perhimpunan Agung PBB serta prinsip-prinsip Piagam PBB.

 

“Serangan ini juga telah melanggar kedaulatan sebuah negara serta mengancam keselamatan dan kestabilan serantau. Apa jua alasan yang diberikan, kekerasan bukanlah jalan penyelesaian,” tegasnya.

 

Beliau berkata, tindakan agresif sedemikian hanya akan menyumbang kepada penderitaan rakyat yang tidak berdosa selain membuka ruang kepada konflik yang lebih luas.

 

“Tindakan agresif ini hanya akan menyumbang penderitaan kepada rakyat yang tidak berdosa dan membuka ruang kepada konflik yang lebih luas. Dunia ketika ini tidak memerlukan peperangan baharu,” katanya.

 

Sehubungan itu, Malaysia menuntut agar serangan berkenaan dihentikan serta-merta dan semua pihak kembali ke meja rundingan.

 

“Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Zionis ini dan serangan ini mesti dihentikan dengan segera. Rundingan perlu diadakan demi menjamin keamanan serta kestabilan sejagat,” ujar beliau. – MYNEWSHUB

Tags: IranIsrael
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd