• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronnie Liu Sokong Ahmad Samsuri, Ketepi Perbezaan Politik Dan Agama 

oleh Mohd Arshad
26/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ronnie Liu Sokong Ahmad Samsuri, Ketepi Perbezaan Politik Dan Agama 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Bekas Pemimpin DAP, Ronnie Liu secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, walaupun mengakui PAS bukan pilihan lazim bagi seorang Cina Kristian sepertinya.

 

Dalam satu kenyataan di media sosial, beliau berkata sekiranya dirinya merupakan pengundi di Terengganu, Samsuri akan menerima undinya.

 

“PAS sepatutnya menjadi parti terakhir yang saya sokong. Tetapi politik bukan sekadar tentang label parti, ia tentang individu, watak dan kepimpinan,” katanya.

 

Ronnie turut mengimbau penghormatannya terhadap Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkannya sebagai satu-satunya ahli politik Malaysia yang pernah digelarnya sebagai “saint”

 

“Itu menggambarkan bagaimana saya menilai keikhlasan dan keyakinan moral dalam kehidupan awam,” ujarnya.

 

Menurut beliau, tidak semua pemimpin dalam PAS boleh dilabelkan secara negatif, sebagaimana tidak semua tokoh dalam parti sekular itu bersifat mulia.

 

Katanya, rakyat Malaysia sudah terlalu kerap dikecewakan oleh pelbagai pihak merentasi spektrum politik.

 

Ronnie berpandangan bahawa dengan Samsuri yang disifatkannya antara pemimpin PAS paling berwibawa ketika ini menerajui blok pembangkang, gabungan Perikatan Nasional mempunyai peluang lebih cerah.

 

“Sebuah pembangkang yang kredibel bukan ancaman kepada demokrasi, sebaliknya nadi kepada sistem itu sendiri,” tegasnya.

 

Bagaimanapun, Ronnie menegaskan sokongannya itu bukan bersifat membuta tuli.

 

“Jika Samsuri dan pasukannya gagal menunaikan tanggungjawab, menjadi kewajipan kita untuk menolak mereka. Tiada pemimpin yang wajar menerima kesetiaan tanpa syarat,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Sumber: FB Ronnie Liu Tian Khiew

Share224Tweet140SendShare

Related Posts

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP menggesa tindakan diambil terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Kemajuan...

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

04/09/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd