• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Sindir Caprice: ‘Pempengaruh Kerja Dia Mempengaruhi Kita’

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Rafizi Sindir Caprice: ‘Pempengaruh Kerja Dia Mempengaruhi Kita’
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pertikaman lidah antara mantan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan pempengaruh serta penyanyi, Caprice terus memuncak apabila Rafizi hari ini membuat dakwaan terbaharu berhubung sikap dan pendirian figura berkenaan.

 

Rafizi secara terbuka malah menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan pandangan pempengaruh khususnya dalam soal politik dan kepimpinan negara.

 

“Nasihat saya kepada orang ramai, memang kita senang terpengaruh dengan pempengaruh. Kerja dia mempengaruhi kita. Kalau pasal nak pilih ais krim atau sambal mana nak makan, OK lah nak berpandukan pempengaruh macam Caprice.

 

“Tapi kalau pasal politik kepimpinan, sebelum buat keputusan, perhatikan dia konsisten ke tidak,” dakwanya dalam satu kenyataan di media sosial.

 

Rafizi seterusnya mendakwa, terdapat pempengaruh yang dilihat berubah-ubah pendirian bergantung kepada keadaan semasa.

 

“Sebab memang ada pempengaruh macam ni. Semua ni bagi dia job je.

“Hari ni dia lambung Madani, esok kalau kerajaan bertukar dia lanyak Madani.

 

“Yang bodoh ialah orang-orang politik juga yang dok cari dan bagi job kepada pempengaruh macam ini,” dakwanya lagi.

 

Terdahulu, Rafizi mendakwa, semua dakwaan yang dibuat Caprice terhadapnya telah dijawab satu persatu, malah urusan saman telah diserahkan kepada peguamnya.

 

Dakwa Rafizi, hanya satu perkara masih belum dikongsikan kepada umum iaitu berkaitan perubahan sikap Caprice ketika beliau masih menjadi menteri dan selepas tidak lagi memegang jawatan tersebut.

 

Beliau mendakwa pada 4 Januari 2024, Caprice menghantar mesej untuk ‘catch up’ dengan pegawai pejabatnya dan menyentuh mengenai sistem subsidi yang pernah dibentangkan kepada KPDN.

 

Katanya, ketika itu umum mengetahui bahawa Kementerian Ekonomi merangka dasar penyelarasan semula subsidi.

 

“Nama Mat Sabu pun kena name-dropped, ada presentation app untuk pertanian nama YouFarm. Dia minta ‘private coffee session’ dengan pegawai saya sebab nak tunjuk ‘what else i’ve been doing for Madani’

 

“Siap cakap ‘I really wanna show u’. Pejabat saya tak layan. 9 Julai 2024 dia cuba lagi. ‘Yoooo’. ‘Rafizi really needs a rebranding bruv’. 4 Mei 2025 – masih kejar pegawai saya,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Tags: CapriceRafizi
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Rafizi Gesa Anwar Buang BN Dari Kerajaan Persekutuan, Pecat Menteri UMNO

Rafizi Gesa Anwar Buang BN Dari Kerajaan Persekutuan, Pecat Menteri UMNO

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengasas parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggugurkan semua menteri...

Anthony Loke Tiada Pilihan Kecuali Letak Jawatan, Rafizi Salahkan Kepimpinan Anwar

Anthony Loke Tiada Pilihan Kecuali Letak Jawatan, Rafizi Salahkan Kepimpinan Anwar

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak mempunyai pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd