• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RAFIZI Dituduh Terbabit Dua Skandal Kewangan Bernilai RM3.6 Bilion

oleh Mohd Arshad
19/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
RAFIZI Dituduh Terbabit Dua Skandal Kewangan Bernilai RM3.6 Bilion
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa beliau kini dituduh terbabit dalam dua skandal kewangan berjumlah RM3.6 bilion.

Menurutnya, tuduhan pertama membabitkan perjanjian negara dengan syarikat cip semikonduktor gergasi dunia, ARM semasa beliau memegang jawatan Menteri Ekonomi.

 

Dakwa beliau, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan untuk menyiasat adakah ia dilakukan secara tergesa-gesa dan telah merugikan negara.

 

“Ini yang jadi bahan berita konon bekas menteri kanan disiasat berhubung dakwaan salah laku RM1.1 billion. Satu lagi mengenai projek swasta yang tidak ada kena mengena dengan Kementerian Ekonomi iaitu projek solar terbesar 750 MW oleh UEM Lestra.

 

“Saya dituduh menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang kononnya berkait dengan saya. Ini jadi satu lagi bahan fitnah yang dijaja diulang oleh ceplos-ceplos konon Rafizi terbabit kes rasuah RM2.5 billion.

 

“Saya kini dituduh terbabit kononnya dalam dua skandal kewangan yang jumlahnya RM3.6 bilion – fuyooooo lagi banyak dari Najib,” katanya dalam satu kenyataan di muat naik di media sosial hari ini.

 

Rafizi mendakwa, semua tuduhan dilemparkan terhadapnya timbul secara tiba-tiba dalam tempoh tidak sampai seminggu, namun SPRM tidak menunjukkan bukti.

 

Kata beliau, tidak ada rampasan ratusan juta atau jongkong emas dan ridak ada bukti ratusan juta dalam akaun beliau.

 

“Satu bukti pun tidak ada tetapi beriya-iya dijaja jadi bahan berita. Ini masalahnya apabila ada pihak yang terdesak menggunakan fitnah.

 

“Mereka yang membangunkan skrip fitnah ini tidak terfikir perkara ini tidak masuk akal. Fitnah selalunya berakhir dengan ‘overkill’.

 

“Oleh kerana tidak ada cerita, maka cerita yang dibuat itu perlu diperbesar-besarkan supaya nampak teruk, lama-lama jadi ‘overkill’,” katanya.

 

Dalam pada itu, beliau membidas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau dakwa

membenarkan fitnah dijaja oleh penyokongnya setiap hari.

 

“Kali ini ia digunakan terhadap seorang yang dia sendiri mengaku dia menyampah. Kami yang Gen-X ke atas ni dah melalui semua ini zaman reformasi dahulu – fitnah yang menjadi ‘overkill’.

 

“Tilam diusung untuk tunjuk air mani. Semua cerita lucah jadi bahan laporan setiap hari. Kami rakyat biasa turun membela Anwar yang jadi mangsa fitnah kerana sepak terajang kuasa. Benarlah manusia ini mudah lupa,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Kes Serang Anak RafiziRafizi
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Rafizi Sindir Caprice: ‘Pempengaruh Kerja Dia Mempengaruhi Kita’

Rafizi Sindir Caprice: ‘Pempengaruh Kerja Dia Mempengaruhi Kita’

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pertikaman lidah antara mantan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan pempengaruh serta penyanyi, Caprice terus memuncak...

Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000

Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000

13/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa menerima ugutan video lucah kononnya membabitkan dirinya dan seorang lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd