• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil Gesa PM Laksana Moratorium Perobohan Kuil

oleh Mohd Arshad
25/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil Gesa PM Laksana Moratorium Perobohan Kuil
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil (Tepat) menggesa Perdana Menteri melaksanakan moratorium (penggantungan) terhadap sebarang tindakan penguatkuasaan dan perobohan melibatkan kuil-kuil di seluruh negara.

Pengerusinya, Arun Dorasamy berkata, moratorium tersebut perlu dilaksanakan segera sehingga satu mekanisme penyelesaian yang adil, tersusun dan berlandaskan undang-undang diwujudkan melalui libat urus bersama semua pihak berkepentingan.

“Kegagalan untuk mengambil langkah segera dalam perkara ini berpotensi mengakibatkan situasi yang di luar kawalan serta meletakkan keharmonian, keamanan dan kedaulatan undang-undang negara dalam keadaan terancam,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Arun mendakwa, perobohan Kuil Sri Utchimalai Muniswarar di Rawang pada 11 hb dan 25 Februari 2026 mencerminkan kegagalan pematuhan kepada proses undang-undang yang sewajarnya.

Beliau mendakwa, jawatankuasa kuil telah ditekan supaya memindahkan patung-patung dewa walaupun enggan berbuat demikian tanpa sebarang perintah mahkamah.

“Dalam keadaan terdesak dan di bawah tekanan yang berterusan, pihak kuil tidak mempunyai pilihan selain memulakan pemindahan patung-patung dewa sekitar jam 12.00 tengah malam sehingga kira-kira jam 4.00 pagi 25/2/26

“Selepas jawatankuasa kuil beredar dari lokasi sekitar jam 4.00 pagi, sekumpulan orang awam yang telah berkumpul di kawasan tersebut telah bertindak merobohkan struktur kuil,” dakwanya.

Kata beliau, sekiranya Yayasan Kubra sebagai pemilik tanah yang didakwa sah berhasrat mendapatkan pemilikan kosong wajar mendapatkan perintah mahkamah dan melaksanakan penguatkuasaan melalui proses kehakiman yang sah.

“Pendekatan penguatkuasaan tanpa perintah mahkamah dalam hal-hal sensitif melibatkan kuil bukan sahaja berisiko memperburuk keadaan, malah boleh menjejaskan keharmonian antara komuniti serta mengganggu ketenteraman awam,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Tags: Kuil Haram
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

21/04/2026
0

MUKADIMAH ISU pembinaan rumah anutan atau rumah ibadat bukan Islam tidak sah pernah menimbulkan polemik besar dalam negara. Isu tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd