Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Steven Sim Chee Keong dimasukkan ke hospital.
Beliau dipercayai mengalami keletihan melampau kerana kurang rehat akibat terlalu banyak bekerja.
“Berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada CNY ke-4. Doktor nasihatkan agar berehat untuk seketika.
“‘ll be back soon, stronger! Jalan teruih!. Kebaikan akan menyusul selepas musibah,” katanya di media sosial.
Seorang pegawai Steven Sim dilaporkan berkata, keadaan Steven Sim tidak serius dan menteri berkenaan diminta oleh doktor untuk berehat. – MYNEWSHUB


