• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Batalkan Reman, Tamim Dahri Dibebaskan Serta-Merta

oleh Mohd Arshad
12/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Mahkamah Tinggi Batalkan Reman, Tamim Dahri Dibebaskan Serta-Merta
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan perintah reman dua hari terhadap aktivis, Tamim Dahri dan tiga rakannya yang sebelum ini dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret.

Keputusan tersebut dibuat dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Roszianayati Ahmad, selepas permohonan semakan difailkan berhubung penahanan berkenaan.

Difahamkan, perintah reman itu pada awalnya diberikan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pencerobohan dan isu pembersihan tanah.

Tuan tanah, Ustaz Ismail Mina, turut hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan bahawa bantuan yang diberikan oleh Tamim adalah atas permintaannya sendiri untuk membersihkan tanah yang didakwa diceroboh.

Mahkamah kemudian memutuskan untuk membatalkan perintah reman tersebut dan mengarahkan kesemua individu terbabit dibebaskan serta-merta.

Perkembangan ini dilihat sebagai satu episod baharu dalam kontroversi melibatkan aktiviti Tamim Dahri, yang sebelum ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial berhubung tindakan pembersihan tanah berkenaan.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung status siasatan kes tersebut.-  MYNEWSHUB

Tags: Kuil Haram
Share207Tweet129SendShare

Related Posts

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang meminta masyarakat India menerima permohonan maaf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menggunakan istilah "kuil haram" ketika merujuk rumah ibadat yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd