• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuil Sri Muniswarar Telah Beroperasi Sejak 1995 – Arun Dorasamy

oleh Mohd Arshad
23/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kuil Sri Muniswarar Telah Beroperasi Sejak 1995 – Arun Dorasamy
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil (Tepat) mendakwa Kuil Sri Muniswarar di Rawang yang dirobohkan oleh sekumpulan lelaki baru-baru ini telah wujud sebelum pengalienasian tanah pada tahun 2018.

 

Pengerusinya, Arun Dorasamy mendakwa, kuil tersebut telah beroperasi seawal tahun 1995 ketika kawasan tersebut masih merupakan estet getah Mandamus.

 

“Walaupun tangkapan telah dibuat susulan insiden tersebut, perintah reman telah disemak semula oleh Mahkamah Tinggi dan kesemua suspek telah dibebaskan.

 

“Sehingga kini, tiada perkembangan ketara dalam siasatan mahupun sebarang petunjuk pertuduhan akan dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab merobohkan kuil tersebut,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

 

Arun mendakwa, terdapat usaha penyelesaian antara jawatankuasa kuil dan pemilik tanah yang mengkehendaki kuil itu mengosongkan tapak berkenaan selewat-lewatnya esok.

 

Bagaimanapun, beliau mendakwa terdapat ugutan kegagalan pihak kuil mengosongkan tapak akan menyebabkan tindakan diambil terhadap pengerusi kuil atas dakwaan pencerobohan jenayah.

 

Sehubungan itu, katanya, Tepat akan membuat satu laporan polis esok serta mendedahkan beberapa fakta penting dan isu berkepentingan awam. – MYNEWSHUB

 

Sumber: FB Arun Dorasamy

Tags: Kuil Haram
Share211Tweet132SendShare

Related Posts

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang meminta masyarakat India menerima permohonan maaf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menggunakan istilah "kuil haram" ketika merujuk rumah ibadat yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd