• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Perkenal Tempat Duduk ‘Premium Hospitality’ Di Stadium Sultan Ibrahim

oleh Mohd Arshad
20/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Perkenal Tempat Duduk ‘Premium Hospitality’ Di Stadium Sultan Ibrahim
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

 

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengorak langkah memperkukuh jenama dan fasiliti bertaraf antarabangsa apabila memperkenalkan tempat duduk ‘Premium Hospitality’ di Stadium Sultan Ibrahim bagi semua perlawanan ‘home’ pasukan itu.

 

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, kelab berkenaan memaklumkan stadium ikonik itu kini tampil lebih eksklusif dengan pelancaran dua ruang hospitaliti premium dikenali sebagai ‘Red & Blue Hospitality’

 

Menurut kenyataan tersebut, inisiatif berkenaan adalah sebahagian daripada usaha JDT untuk memperkukuh fasiliti stadium serta menawarkan pengalaman menonton bola sepak yang luar daripada kebiasaan kepada para penyokong.

 

Antara keistimewaan ‘Blue & Red Hospitality Boxes’ adalah laluan kemasukan pantas menggunakan lif terus ke tempat duduk tanpa perlu beratur, selain sajian makanan dan minuman premium yang disediakan khas buat pemegang tiket.

 

Ruang tersebut turut menawarkan pemandangan eksklusif di lokasi strategik belakang gol dengan pandangan terus ke padang, di samping dekorasi dalaman mewah dan moden yang menjanjikan keselesaan maksimum.

 

Pemegang tiket juga diberi akses ke Red & Blue Lounge untuk menikmati sajian makanan dalam suasana lebih santai dan eksklusif.

 

Bagi harga tiket ‘Premium Hospitality’, JDT menetapkan tiga kategori berbeza mengikut jenis perlawanan.

 

Kategori A berharga RM300 melibatkan perlawanan Liga Juara-Juara AFC Elite, Kejuaraan Kelab Asean (Shopee Cup), Piala Sumbangsih serta semua perlawanan separuh akhir piala domestik.

 

Kategori B pula ditawarkan pada harga RM250 bagi perlawanan ‘high demand’ Liga Super Malaysia dan semua aksi suku akhir piala domestik.

 

Manakala Kategori C berharga RM200 melibatkan perlawanan ‘low demand’ Liga Super Malaysia serta kesemua perlawanan piala domestik.

 

Perkembangan terbaru ini sekali lagi membuktikan komitmen JDT dalam meletakkan standard baharu dalam pengurusan dan pengalaman stadium bola sepak di Malaysia.- MYNEWSHUB

Tags: JDT
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd