• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Mara Ke Separuh Akhir Piala Malaysia Selepas Tewaskan Melaka FC Agregat 8-1

oleh Mohd Arshad
26/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Mara Ke Separuh Akhir Piala Malaysia Selepas Tewaskan Melaka FC Agregat 8-1
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

MELAKA – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan taring selaku juara bertahan apabila melangkah gagah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Melaka FC (MFC) 3-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hang Jebat malam tadi.

 

Kemenangan itu melengkapkan dominasi skuad Harimau Selatan dengan agregat besar 8-1, hasil bekalan selesa 5-0 yang diraih pada pertemuan pertama di Stadium Sultan Ibrahim.

 

Walaupun tuan rumah turun dengan semangat tinggi untuk melakar kejutan di hadapan penyokong sendiri, kualiti JDT jelas menjadi pemisah.

 

Pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila pemain kebangsaan, Corbin Ong, meledak gol pertama seawal minit ketujuh hasil gerakan kemas bersama Jairo da Silva.

 

JDT terus mengasak dan menggandakan kelebihan pada minit ke-30 menerusi penyudah tajam Jairo selepas menerima hantaran daripada João Figueiredo.

 

Bersambung babak kedua, Jairo sekali lagi mencuri tumpuan apabila menanduk masuk gol ketiga peribadinya dan pasukan pada minit ke-54, menewaskan penjaga gol tuan rumah, Samuel Jacob.

 

MFC sekadar memperoleh jaringan saguhati pada minit-minit akhir menerusi pemain import dari Mesir, Ahmed Shamsaldin. – MYNEWSHUB

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd