Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pembinaan Kuil Sri Maha Eeswaran di Jalan Tumbuhan, Setapak mendakwa kuil tersebut telah ditubuhkan sejak tahun 1950 dan berdaftar secara sah.
Menurut jawatankuasa tersebut menerusi satu kenyataan, tapak tersebut adalah Tapak Rizab Kuil Hindu yang diiktiraf di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara.
“Kami merupakan penerima inisiatif Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) daripada Kementeri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 12 Ogos 2025,” kata kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook Sri Maha Eeswaran.
Sehubungan itu, kata jawatankuasa tersebut, laporan polis dibuat pada 26 Februari 2026 berhubung hantaran tular di sebuah laman Facebook yang di dakwa mengandungi maklumat tidak benar.
Hantaran tersebut juga didakwa berunsur hasutan dan mengelirukan orang ramai mengenai status rumah ibadat kami.
“Pihak kami tidak akan bertoleransi dengan sebarang cubaan untuk menggugat keharmonian kaum melalui berita palsu
“Kami menasihati orang ramai agar berhenti menyebarkan hantaran tersebut dan sentiasa menyemak fakta sebelum berkongsi maklumat,” kata jawatankuasa berkenaan. – MYNEWSHUB
Sumber: FB Sri Maha Eeswaran Temple


