PETALING JAYA: Beberapa individu yang ditahan ketika perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) pada 7 Februari lalu mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman sivil terhadap Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tindakan saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Chambers of Zainul Rijal selepas kesemua sembilan individu terlibat dibebaskan dengan jaminan polis, manakala seorang lagi direman selama dua hari sebelum turut dilepaskan.
Peguam yang mewakili kumpulan berkenaan, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata saman tersebut difailkan susulan dakwaan bahawa penahanan dan tindakan yang diambil terhadap anak guamnya adalah tidak mengikut lunas undang-undang serta melanggar hak asasi mereka.
Menurut beliau, tindakan sivil itu bertujuan mendapatkan keadilan selain menuntut penjelasan berhubung prosedur penguatkuasaan yang digunakan ketika perhimpunan berkenaan berlangsung.
Sumber: Zamri Vinoth


