• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

oleh Mohd Arshad
04/02/2026
dalam Terkini
0
Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah tidak benar dan satu penipuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri sebaliknya menegaskan, kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia terikat dengan perjanjian yang dimeterai sejak 1915.

“Dakwaan Malaysia serah seluas 5,207 hektar sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan adalah tidak benar dan penipuan, kalau pun tidak dengan niat jahat sama sekali.

“Jadi sebab itu kita harus terikat dengan perjanjian dan yang (kawasan) dipertikai itu, saya lihat di peta di bahagian bawah adalah kawasan dari awal sejak (perjanjian) 1915 ditekankan dalam semua rekod kita.

“Itu tidak kita sahkan tapi tak pernah kita tuntut sebagai milik Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Penerangan Khas Parlimen mengenai Isu Jajaran Sempadan Malaysia-Indonesia, di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata tuduhan sedemikian tidak wajar dilontarkan apatah lagi ia terkait beberapa hal yang agak sensitif terutama masih ada rundingan antara Malaysia-Indonesia yang belum selesai.

Beliau memberi contoh isu lima kawasan sempadan darat, kawasan intertidal di sektor Sabah Kalimantan Utara dan empat kawasan OBP di sektor Sarawak Kalimantan Barat yang masih dalam proses rundingan antara kedua-dua negara.

Tambahnya, ini termasuk tohmahan pembangkang sebelum ini terhadap kerajaan, antaranya berkaitan isu dengan Indonesia berhubung wilayah sempadan maritim antara Malaysia-Indonesia di Ambalat.

“Sebab itu kenyataan-kenyataan kita harus berhati-hati dan berhemah. Kalau nak cari keuntungan politik sempit, bukan masanya bukan untuk korbankan kepentingan Malaysia, atau korbankan kepentingan hubungan baik di antara dua negara.

“Jadi saya nak jelaskan, sebagaimana tohmahan sebelum ini, (isu) Ambalat, hal itu belum pun dimuktamadkan tetapi tohmahan daripada pembangkang sudah diserahkan, saya tidak tahu serah wilayah mana, sebab itu harus rujuk kepada angka dan data,” katanya.

BHonline-

Tags: IndonesiaMalaysiaserah tanah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd