• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, February 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

oleh Mohd Arshad
11/02/2026
dalam Jenayah
0
Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan kesalahan membunuh suaminya yang buta, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Rhodzariah Bujang, bersidang bersama Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak rayuan difailkan GS Angela Dewi dan S Vijaya terhadap sabitan dan hukuman mereka.

Dua beradik itu pada mulanya dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2023 atas pertuduhan membunuh R Devarajoo, 59, di rumah di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang, Selangor antara jam 12 dan 1 tengah hari, 1 Oktober 2020.

Pada 2024, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan mereka, namun menukar hukuman mati kepada penjara 33 tahun. Mahkamah turut memerintahkan Vijaya dikenakan 12 sebatan. Kedua-duanya diarahkan menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan masing-masing, iaitu pada 10 dan 17 Oktober 2020.

Angela Dewi yang mengusahakan kedai makan dengan adiknya itu kemudian memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Berdasarkan fakta kes, cucu perempuan si mati menjumpai mangsa terbaring di atas sofa di beranda rumah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dan menjerit sebaik sahaja melihat keadaan itu.

Isteri kedua Devarajoo yang dikahwini mengikut undang-undang adat, kemudian tiba di tempat kejadian dan melihat lelaki itu dalam keadaan berlumuran darah. Devarajoo kemudian dihantar ke hospital dengan ambulans.

Pada hari sama, Angela Dewi yang juga isteri pertama Devarajoo, membuat laporan polis dengan mendakwa berlaku satu rompakan dan satu rantai emas milik suaminya itu hilang.

Kes berkenaan pada mulanya diklasifikasikan sebagai rompakan, namun selepas Devarajoo meninggal dunia akibat kecederaannya pada 10 Oktober 2020, pihak polis mengklasifikasikannya sebagai bunuh.

Hasil siasatan lanjut, polis menahan Angela Dewi, 50, dan Vijaya, 47, yang kemudian membawa pihak polis ke bilik stor dan mereka menemukan satu penukul serta seutas rantai emas yang dilaporkan hilang.

Angela Dewi dan Vijaya diwakili peguam M Manoharan, B Sarathabala serta P Subramaniam, manakala Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi mewakili pihak pendakwaan.

Bernama-

Tags: bunuh suamiHukuman PenjaraWanita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd