• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

oleh Mohd Arshad
11/02/2026
dalam Terkini
0
Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi tadi.

Metadon adalah sejenis ubat sintetik opiod yang digunakan dalam rawatan terapi gantian untuk merawat ketagihan dadah opiat, terutamanya heroin dan morfin.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kediaman di Sungai Ramal Baru, di sini, dengan tiga beradik itu dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa yang meninggal dunia berusia 11 tahun, manakala dua adiknya masing-masing berusia sembilan dan lima 5 tahun dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut sumber, polis menerima makluman berhubung kejadian itu jam 9.01 pagi daripada pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN).

“Pihak hospital memaklumkan menerima tiga pesakit iaitu kanak-kanak lelaki pada jam 7.50 pagi.

“Malangnya, anak sulung berusia 11 tahun itu disahkan meninggal dunia, manakala adik bongsu berusia lima tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang lagi di Zon Merah Unit Kecemasan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat tindakan ibu mangsa yang berusia 35 tahun memberikan ubat jenis Methadone kepada ketiga-tiga anaknya.

Sumber sama berkata, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai motif wanita terbabit bertindak sedemikian dan bagaimana bekalan ubat terkawal itu diperoleh.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan sementara menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Mayat kini berada di Jabatan Forensik HTPN untuk tindakan lanjut.

BH sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian berkenaan.

BHonline-

Tags: budak 11 tahunmautMetadon
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

04/02/2026
0

GOMBAK: Seorang remaja wanita berusia 19 tahun maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves, kelmarin....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd