• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

oleh Mohd Arshad
23/02/2026
dalam Terkini
0
Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu.

BKK tersebut akan diterima seramai 11,261 orang penjawat awam termasuk ahli-ahli ex-officio, Orang Besar Jajahan, guru lantikan negeri dan pegawai lantikan kontrak dengan implikasi kewangan sebanyak RM16.89 juta.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian bantuan khas kewangan itu akan agihkan bermula pada 16 Mac depan untuk semua yang terlibat.

“Bila hasil kita baik masa belanjawan kita umum 2 bulan gaji. Tapi macam saya sebutkan tadi kita akan terus bekerja kuat supaya hasil kita terus meningkat. Jadi kerana itu bukanlah kita ini lokek sangat.

“Dicadangkan pembayaran BKK Hari Raya pada kadar RM1,500 seorang termasuk ex-officio juga dapat RM1,500,” katanya ketika berucap.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan beberapa Exco Kerajaan Negeri Perak.

Beliau ketika Majlis Berbuka Puasa bersama Penjawat Awam Perak di Laman Seri Ridzuan di sini pada Isnin.

Saarani berkata, pembayaran BKK Aidilfitri itu juga turut dipanjangkan kepada guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebanyak RM500.

-Sinar Harian

Tags: bonus rayaPenjawat AwamPerak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd