• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Monyet ‘Punchi-kun’ Ditolak Ibu, Diberi Peluang Hidup Semula Jadi

oleh Mohd Arshad
20/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Anak Monyet ‘Punchi-kun’ Ditolak Ibu, Diberi Peluang Hidup Semula Jadi
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

TOKYO: Seekor anak monyet yang diberi nama Punchi-kun di Zoo Ichkawa menyentuh hati ramai selepas kisahnya ditolak oleh ibu kandung sejurus dilahirkan tular di media sosial.

Menurut pihak zoo, Punchi-kun berdepan risiko tinggi apabila ibunya enggan menyusu dan memeluknya.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/02/VID_20260219_205846_628.mp4

Bagi memastikan kelangsungan hidupnya, penjaga zoo mengambil alih tugas menjaga, memberi susu serta memanaskan badan anak monyet itu pada peringkat awal.

Namun, demi memastikan Punchi-kun membesar secara semula jadi, pihak zoo kemudiannya meletakkannya semula ke dalam kandang bersama kumpulan monyet lain supaya dia dapat mempelajari tingkah laku sosial dan peraturan komuniti mereka.

Sebagai pengganti ibu, sebuah patung lembut (plushie) diberikan untuk memberi rasa selamat dan tempat berpaut — memandangkan anak monyet biasanya sentiasa berada dalam dakapan ibu.

Walaupun berdepan penolakan awal daripada monyet lain kerana dianggap asing dan tidak memahami ‘bahasa’ sosial mereka, pihak zoo percaya proses penyesuaian ini adalah normal.

Ramai berharap Punchi-kun akhirnya akan diterima sepenuhnya oleh kumpulan tersebut dan membesar sebagai monyet yang sihat serta berdikari.

Wujud laporan mengatakan Punchi-kun sudah mula diterima dan sudah ada kawan.- MYNEWSHUB

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/02/VID_20260219_205903_071.mp4
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP menggesa tindakan diambil terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Kemajuan...

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

04/09/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd