• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

oleh Mohd Arshad
04/01/2026
dalam Jenayah
0
Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah, mengeluarkan kata-kata mengaibkan serta menghina agama Islam terhadap seorang anggota polis, bulan lalu.

Tertuduh, Teoh Siew Li, 35, yang juga pengarah sebuah syarikat dan pengurus jualan membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan meludah ke arah seorang anggota polis, Lans Koperal Jelnazir Helman, dengan niat menghalang penjawat awam itu daripada menjalankan tugas di Jalan Perusahaan 2, Taman Bandar Baru Mergong pada jam 12 tengah hari, 31 Disember lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengeluarkan kata-kata mengaibkan serta menunjukkan isyarat lucah terhadap anggota polis sama di lokasi dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa dengan sengaja melukakan perasaan penganut agama Islam dengan mengeluarkan kata-kata menghina agama tersebut, yang didakwa di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding berkenaan, Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim mencadangkan jaminan tinggi sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Beliau memaklumkan tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Taiping, selain terdapat lebih 500 hantaran media sosial yang didakwa menimbulkan kegusaran kaum dan agama berkaitan pertuduhan ketiga.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya memohon kepada mahkamah agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan menyara ibu, adik serta adik iparnya.

Dia turut memaklumkan mempunyai pendapatan sehingga RM20,000 sebulan dan merupakan lulusan undang-undang sebuah kolej swasta.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam.

Sebelum ini media melaporkan, seorang wanita ditahan selepas dikatakan memaki hamun dan meludah anggota polis dalam kejadian di Mergong.

Sebelum kejadian, anggota polis yang tiba memperkenalkan diri namun suspek secara tiba-tiba bertindak agresif dan provokatif dengan meninggikan suara, memaki hamun serta membuat isyarat lucah dengan jari ke arah salah seorang anggota polis.

Suspek turut membaling kad pengenalannya ke arah anggota terbabit selain meludah penjawat awam berkenaan sebanyak dua kali.

Dalam kejadian sama, suspek turut mengeluarkan kata-kata yang menghina agama Islam.

-Sinar Harian

Tags: hina islamislamLudah Polispolis
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

14/01/2026
0

Pasir Puteh: Lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya berusia dua tahun di jeti Jalan Pak Mayong, Tok...

2 Inspektor, 5 Anggota Polis Disyaki Terbabit Penyalahgunaan Dadah

2 Inspektor, 5 Anggota Polis Disyaki Terbabit Penyalahgunaan Dadah

04/01/2026
0

Kuantan: Dua pegawai dan lima anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, ditahan kerana disyaki terbabit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd