• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Dr Mahathir Dimasukkan Ke IJN Selepas Dilaporkan Terjatuh Di Kediaman

oleh Mohd Arshad
06/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tun Dr Mahathir Dimasukkan Ke IJN Selepas Dilaporkan Terjatuh Di Kediaman
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya.

Menurut laporan Bernama, Dr Mahathir dibawa ke IJN dengan ambulans kira-kira jam 9.30 pagi dan dilaporkan berada dalam keadaan sedar ketika tiba di hospital berkenaan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff menerusi makluman di saluran rasmi kumpulan media Dr M Media Updates di aplikasi WhatsApp, hari ini.

Sufi berkata, pemimpin berusia 100 tahun itu terjatuh pada awal pagi ketika bergerak dari satu bahagian di balkoni rumahnya menuju ke ruang tamu.

“Beliau telah terjatuh pada awal pagi tadi dan pada kebiasaannya, keadaan seperti ini memerlukan pemerhatian lanjut di hospital,” katanya.

Tambahnya, keadaan terkini Dr Mahathir akan dimaklumkan selepas beliau selesai menjalani pemeriksaan oleh pakar perubatan di IJN.

Perkembangan lanjut mengenai kesihatan beliau dijangka akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd