• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

oleh Mohd Arshad
09/01/2026
dalam Politik
0
‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: UMNO menafikan dakwaan peletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, yang tular di media sosial hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya tidak berpandukan kepada spekulasi atau khabar angin yang berlegar di media sosial dalam menentukan kedudukan kepimpinan parti.

“Tidak ada. Setakat ini tiada surat rasmi diterima. Sebagai Setiausaha Agung parti, kita tidak berpandukan kepada apa yang diperkatakan di media sosial atau cakap-cakap yang berlegar,” katanya ketika diminta mengulas perkara itu.

Sebelum ini, sebuah portal mendakwa Akmal sudah menyatakan hasratnya untuk melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Umno dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau.

Menurut sumber yang rapat dengan UMNO, Akmal memaklumkan perkara itu kepada sekumpulan pemimpin Pemuda menerusi mesej dalam aplikasi WhatsApp semalam.

Menurut sumber, Akmal ketika ini masih berada di Shanghai, China.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi secara peribadi turut menasihatkan Akmal supaya tidak mengambil hati dengan perbezaan pendapat yang berlaku kini.

“Secara peribadi, sebagai abang kepada Dr Akmal yang juga bertanggungjawab meletakkan dia di situ (Ketua Pemuda), perbezaan pandangan itu biasa.

“Saya dulu pun pernah jadi Ketua Pemuda, pada satu ketika pandangan saya tidak diterima oleh semua Majlis Kerja Tertinggi (MKT), tetapi itu tidak menyebabkan kita harus mengundur diri ataupun lemah semangat kerana itu biasa di dalam tradisi berorganisasi.

“Kadang-kala pandangan kita itu diterima kadang-kala ia tidak diterima, Tapi paling penting dalam prinsip UMNO ini kita sentiasa berpandukan kepada syura.

“‘Agree to disagree’ dan kalau tak bersetuju, akhirnya kita akan ada kata sepakat,” katanya.

BHonline-

Tags: Asyraf WajdiDr AkmalUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan menggesa Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri diadakan segera bagi menangani krisis politik...

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan rasa kesal terhadap UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd