• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

oleh Mohd Arshad
26/01/2026
dalam Terkini
0
Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha sebelum kes beliau ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai tahun lalu.

Peguam Rizwandean M Borhan berkata, Zara Qairina memaklumkan kepada saksi ke-59 bahawa dia pernah difitnah oleh pelajar senior yang menuduhnya bercakap buruk di belakang mereka walaupun perkara itu tidak pernah dilakukan.

Katanya, saksi berkenaan yang juga seorang kanak-kanak memberi keterangan bahawa pada Mei tahun lalu, dia pernah meminta Zara Qairina menemaninya ke blok akademik sekolah yang memerlukan mereka melalui kawasan berhampiran bilik pelajar senior.

“Apabila dia meminta Zara (Qairina) menemaninya, Zara berkata dia takut, namun akhirnya Zara tetap mengikutinya.

“Ketika mereka naik ke tingkat atas, mereka terdengar seorang pelajar senior berkata ‘getek’ (dialek Sabah bermaksud miang, gatal atau gedik). Zara kemudian terus berkata kepada saksi, ‘kan saya dah cakap’,” katanya.

Rizwandean berkata, itulah sebabnya saksi memberitahu bahawa Zara Qairina pada awalnya takut untuk naik bersama-sama dengannya, sambil menambah bahawa saksi sama turut memberi keterangan pernah menghadapi fitnah yang hampir sama dalam kes lain.

Mengenai saksi ke-60 yang juga seorang kanak-kanak, Rizwandean berkata, saksi itu memberi keterangan berkaitan kejadian pada malam 15 Julai apabila Zara Qairina dipanggil oleh pelajar senior, selain menggambarkan Zara Qairina sebagai seorang yang ceria dan pemurah.

Katanya, saksi berkenaan mengingati bagaimana Zara Qairina pernah menambah nilai wang untuknya ketika mereka pergi ke kantin.

“Selepas itu, Zara berkata, ‘tak apa, tak payah bayar balik. Saya tambah duit untuk kamu, kamu tak perlu ganti’.

“Saksi juga berkata Zara suka menyapa orang dan seorang yang menghormati pelajar senior.

“Apabila ditanya maksud menghormati, dia menjelaskan bahawa setiap kali Zara berselisih dengan senior, dia akan menundukkan kepala sedikit dan memberi salam,” katanya.

Sementara itu, peguam Joan Goh berkata, seorang saksi kanak-kanak akan dipanggil semula esok selepas didedahkan bahawa saksi itu pernah menyerahkan satu beg plastik berisi rantai kunci dan beberapa nota kepada seorang guru.

Mahkamah Koroner dimaklumkan mengenai perkembangan itu selepas bekas ketua warden, Azhari Abd Sagap, memberi keterangan berhubung penyerahan barangan berkenaan minggu lalu.

“Kami mahu tahu mengapa saksi itu menyerahkan barangan berkenaan kerana guru terbabit memaklumkan bahawa dia tidak mahu menyimpan apa-apa barangan milik Zara.

“Kami mahu saksi kanak-kanak itu memberi keterangan mengapa dia memulangkan barangan tersebut. Salah satunya, saya percaya, ialah rantai kunci berbentuk avokado,” katanya.

Rizwandean mewakili ahli keluarga Zara Qairina, manakala Goh mewakili salah seorang pelajar yang didakwa dalam kes buli membabitkan rakan sekolahnya.

Inkuiri itu yang memasuki hari ke-56 hari ini bermula pada 3 September tahun lalu selepas Zara Qairina disahkan meninggal dunia pada 17 Julai.

-Berita Harian

Tags: fitnahKes Zara Qairinapelajar seniorsaksiZara Qairina
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Inkues Zara Qairina: Guru, Kakitangan SMKA TDM Padam Akaun Media Sosial Takut Diserang Netizen

Inkues Zara Qairina: Guru, Kakitangan SMKA TDM Padam Akaun Media Sosial Takut Diserang Netizen

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Kakitangan SMKA Tun Datu Mustapha (TDM) berasa takut untuk ke tempat awam susulan insiden membabitkan Zara Qairina Mahathir...

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

Zara Qairina Menitiskan Air Mata Ketika Dipanggil Dalam Ambulans – Guru

01/12/2025
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir menitiskan air matanya sebanyak dua kali ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd