• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Pil Yaba, Tahan Pasangan Kekasih

oleh Mohd Arshad
02/01/2026
dalam Jenayah
0
Polis Rampas Pil Yaba, Tahan Pasangan Kekasih
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN: Polis menahan seorang lelaki bersama teman wanitanya selepas menemui sejumlah pil dipercayai dadah seberat kira-kira 178.68 gram, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, kedua-dua suspek ditahan di FELDA Kerteh, Ketengah Jaya, Dungun, jam 1 pagi.

Beliau berkata, sepasukan polis dari Balai Polis Ketengah Jaya yang melakukan rondaan melihat kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.

“Kedua-dua suspek ditahan dan hasil pemeriksaan menemui sejumlah pil disyaki dadah jenis yaba dengan anggaran berat 178.68 gram.

“Dadah dianggarkan bernilai kira-kira RM13,401 itu dirampas dan kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Dungun untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek lelaki berusia 33 tahun positif dadah jenis methamphetamine manakala suspek wanita berusia 39 tahun pula negatif,” katanya.

Maizura berkata, polis masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sumber dadah itu diperolehi serta rangkaian pengedaran yang terbabit.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga khamis ini dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis meminta kepada masyarakat terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berhubung dengan sebarang kegiatan jenayah,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Pil Yabapolisrampas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd