• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai ATM Terbabit Budaya ‘Yeye’ Akan Didakwa Mahkamah Tentera

oleh Mohd Arshad
18/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pegawai ATM Terbabit Budaya ‘Yeye’ Akan Didakwa Mahkamah Tentera
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH: Kementerian Pertahanan menegaskan tindakan termasuk pendakwaan di Mahkamah Tentera akan diambil terhadap 15 pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dikaitkan dengan budaya ‘Yeye’ dalam kem tentera.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata kementeriannya mempunyai peraturan disiplin yang jelas dan tidak membenarkan sebarang perlakuan yang mencemarkan budaya ketenteraan, sama ada membabitkan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mahupun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut beliau, sekiranya berlaku pelanggaran disiplin, tindakan akan diambil di peringkat dalaman melalui penubuhan jawatankuasa siasatan sebelum kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Tentera untuk pengadilan.

“Kita tahu dalam sistem ketenteraan kita mempunyai Mahkamah Tentera dan mereka yang terbabit akan diberikan pengadilan di situ.

“Di situ, mereka diberi keadilan sama ada tuduhan itu benar atau tidak dan mereka boleh menjawab segala pertuduhan sebelum sebarang hukuman dijatuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman yang mengesahkan seramai 15 pegawai dikenal pasti terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dikaitkan dengan budaya ‘Yeye’ yang tular di media sosial.

Terdahulu Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah hadir pada Majlis Makan Malam Yee Sang sempena Hiasan Tahun Baharu Cina 2006 bertemakan ‘Gadis Bunga’ di Kampung Permai Machap Umboo Baru di sini malam tadi.

Beliau berkata, Kementerian Pertahanan komited membentuk budaya yang jelas dan berintegriti dalam kalangan warga ATM, meskipun mengakui perubahan budaya dalam organisasi ketenteraan memerlukan masa.

Bagaimanapun kata beliau, budaya hedonisme sama sekali tidak boleh diterima sama ada di peringkat kementerian mahupun dalam domain ketenteraan, selaras dengan peringatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika perutusan tahun baharu kementerian itu baru-baru ini.

“Apa yang berlaku, sama ada ia terpencil atau tidak, jika ia bukan budaya kita (ATM), tindakan akan diambil mengikut proses dan peraturan sedia ada termasuk melalui Mahkamah Tentera,” tegas lagi.

BHonline-

Tags: budaya 'Yeye'Mahkamah TenteraPegawai ATM
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

PAT Sahkan 5 Pegawai ATM Ditahan Adalah Perisik Tentera

PAT Sahkan 5 Pegawai ATM Ditahan Adalah Perisik Tentera

14/08/2025
0

PUTRAJAYA: Penahanan lima anggota perisikan tentera oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas disyaki terbabit membocorkan maklumat operasi ketenteraan...

11 Pegawai, Anggota ATM Terima Pingat PNBB

16/02/2022
0

KUANTAN - Seramai 11 pegawai dan anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Pingat Pertubuhan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB). Pingat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd