• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Zahid Yang Pernah Sampai Tahap Prima Facie…Berakhir NFA …Zahid Bebas Sepenuhnya

oleh Mohd Arshad
08/01/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kes Zahid Yang Pernah Sampai Tahap Prima Facie…Berakhir NFA …Zahid Bebas Sepenuhnya
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara mengesahkan bahawa tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung kes melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sekali gus menamatkan sepenuhnya prosiding berkaitan 47 pertuduhan yang sebelum ini dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Dalam kenyataan media rasmi bertarikh 8 Januari 2026, Jabatan Peguam Negara merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023 yang melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Menurut kenyataan itu, susulan keputusan DNAA berkenaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan lanjut dan terperinci, merangkumi sumber dana, kaedah perolehan serta penggunaan dana berkaitan, termasuk enam representasi yang dikemukakan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, hasil penelitian menyeluruh terhadap bahan siasatan dan keterangan baharu mendapati keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan bagi semua pertuduhan tersebut.

Antara pertimbangan utama yang diambil kira oleh pihak pendakwaan ialah:

– Skop dan fokus siasatan pada peringkat awal yang berkaitan secara langsung dengan pertuduhan difailkan;

– Penilaian terhadap kesesuaian serta kecukupan keterangan bagi menyokong pendakwaan;

– Langkah-langkah siasatan lanjut yang dijalankan oleh SPRM bagi melengkapkan gambaran keseluruhan fakta dan konteks kes; serta

-Dapatan akhir siasatan yang merangkumi keseluruhan tempoh penubuhan dan operasi Yayasan Akalbudi, termasuk aliran dan sumbangan dana.

“Sehubungan itu, Jabatan ini memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut (No Further Action) akan diambil berhubung kes berkenaan,” menurut kenyataan tersebut.

Keputusan ini sekali gus membawa kepada penamatan muktamad kes berkenaan, selaras dengan kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan.

Jabatan Peguam Negara turut menegaskan bahawa keputusan yang dibuat adalah berasaskan pertimbangan profesional dan undang-undang, dengan mengambil kira kepentingan keadilan, integriti proses pendakwaan serta keperluan memastikan kepastian dan ketelusan dalam sistem keadilan jenayah negara.

Tags: Ahmad Zahidi Hamidi
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

KJ: Zahid Tiada Lagi Keabsahan Moral, Mesti Undur Segera

KJ: Zahid Tiada Lagi Keabsahan Moral, Mesti Undur Segera

22/11/2022
0

Bekas ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan Ahmad Zahid Hamidi tiada lagi kebabsahan moral sebagai presiden Umno dan tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd