• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu 3 Kampung Kalimantan Dalam Wilayah Malaysia Masih Dalam Rundingan – Tok Mat

oleh Mohd Arshad
26/01/2026
dalam Terkini
0
Isu 3 Kampung Kalimantan Dalam Wilayah Malaysia Masih Dalam Rundingan – Tok Mat
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Isu tiga kampung di Kalimantan Utara, Indonesia, yang dilaporkan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan masih berada pada peringkat rundingan antara kedua-dua negara dan belum dimuktamadkan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ini berikutan isu sempadan darat perlu mengambil kira realiti keadaan struktur tanah dan bukan berdasarkan garis lurus pada peta.

Katanya, garis sempadan yang digariskan secara teknikal dan perundangan lazimnya berbentuk lurus berdasarkan koordinat dan perjanjian lama.

“Rundingan sedang dilakukan pada kawasan berkenaan. Ini kerana apa yang ada di peta dan di tanah itu berbeza. Macam kami berunding dengan Brunei sekarang, kalau ikutkan kita punya garisan adalah lurus, tetapi ramai orang Brunei sudah masuk kawasan kita dan begitu juga sebaliknya, takkan nak suruh mereka jadi rakyat Brunei pula.

“Apabila kita ikut undang-undang, ia garis lurus. Kalau kita buat betul, nanti akan ada rumah terbelah dua, dapurnya atau depan rumahnya di Malaysia, manakala belakang rumah atau jambatan di Indonesia.

“Kita tidak mahu itu berlaku,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sendayan, Sendayan, di sini, petang tadi.

Mohamad mengulas mengenai laporan media antarabangsa yang melaporkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, dikatakan kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara.

Sabtu lalu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kerajaan akan mengarahkan jawatankuasa teknikal dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk menjalankan kajian dan penilaian terperinci di lapangan, bagi membantu proses perundingan terbabit.

“Pengakhirannya nanti pemimpin kedua-dua negara akan membuat persefahaman dan persetujuan mengenai perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berharap projek pembinaan sekolah baharu di sekitar Sendayan dapat dilaksanakan bagi mengatasi masalah kesesakan murid dalam kelas di bangunan sekolah sedia ada.

Katanya, projek itu diharap dapat dibuat secara ‘Turnkey’ bagi mempercepatkan proses siap berbanding kaedah tender biasa yang memerlukan tempoh lebih panjang.

-Berita Harian

Tags: Kampung KalimantanRundinganTok MatWilayah Malaysia
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

BN Terbuka Runding Kerusi Dengan PN Hadapi PRN Melaka – Zahid

08/08/2026
0

KUDAT - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN masih terbuka kepada rundingan pengagihan mahupun...

Pemimpin Sudah Berkorban…Kini Masa Rakyat Pula Lakukan Yang Sama

Pemimpin Sudah Berkorban…Kini Masa Rakyat Pula Lakukan Yang Sama

19/07/2026
0

Oleh Mynewshub  PARA pemimpin kita telah berkorban dengan masing-masing mengurangkan jumlah kerusi DUN yang ditandingi parti masing-masing di Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd