• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agihan BAP Dijangka Selewat-Lewatnya Hujung Minggu Ini – TKP Pendidikan

oleh Mohd Arshad
11/01/2026
dalam Terkini
0
Agihan BAP Dijangka Selewat-Lewatnya Hujung Minggu Ini – TKP Pendidikan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 kepada semua murid di seluruh negara dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada hujung minggu ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah) Zainal Abas.

Beliau berkata, peruntukan berkenaan telah berada pada peringkat sekolah dan hanya menunggu proses pengagihan kepada penerima.

“Bagi peringkat kementerian, kita telah salurkan kepada pihak bank untuk dimasukkan ke dalam akaun sekolah. Pada hari ini atau esok, pihak sekolah boleh mengedarkan bantuan awal persekolahan.

“Edaran itu bergantung pada pengaturan pihak sekolah dengan ibu bapa … (yang menetapkan tarikh) untuk datang menerima peruntukan tersebut. Paling lewat kita harapkan hujung minggu ini sudah selesai (agihan BAP),” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek, di sini pada Ahad.

Pada Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM800 juta bagi menyediakan BAP sebanyak RM150 kepada semua pelajar tahun satu hingga tingkatan enam tahun ini.

BAP ialah bantuan tunai secara sekali bayar yang diberikan kepada 5.2 juta murid bagi mengurangkan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan.

Bagi tahun ini, penyaluran bantuan akan kembali dibuat secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa dan mereka dikehendaki hadir ke sekolah untuk menerima bantuan berkenaan seawal hari ini.

Zainal berkata bantuan sama turut diberikan kepada pelajar tingkatan enam dan agihan akan dibuat selepas mereka ditawarkan kemasukan berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, seorang suri rumah Khairul Nisa Ismail, 39, berkata bantuan BAP amat membantu meringankan beban keluarga yang mempunyai ramai anak bersekolah, terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

Berkongsi pandangan sama, ibu kepada murid tahun dua, Nor Hakimah Baharuddin, 33, berkata bantuan yang akan diterima itu akan digunakan untuk membeli kasut dan beg sekolah, sekali gus mengurangkan tekanan kewangan bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Dalam perkembangan lain, Zainal berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pelbagai langkah untuk menangani isu beg berat melibatkan murid sekolah antaranya penyusunan jadual waktu persekolahan yang lebih teratur dengan hanya melibatkan tiga atau empat mata pelajaran sehari bagi mengurangkan jumlah buku teks yang perlu dibawa.

“Setiap mata pelajaran pula hanya memerlukan satu buku tulis, sekali gus memastikan beban beg murid berada pada tahap terkawal. Jadi, ibu bapa disarankan memantau jadual waktu persekolahan anak-anak serta memastikan murid hanya membawa buku yang berkaitan dengan mata pelajaran pada keesokannya bagi mengelakkan murid membawa buku berlebihan,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal berkata, minggu pertama sesi persekolahan tidak melibatkan pembelajaran akademik, sebaliknya memberikan tumpuan kepada proses penyesuaian, urusan pentadbiran dan pendaftaran murid bagi memberikan ruang kepada murid, khususnya yang baharu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.

Katanya, pembelajaran akademik dijadualkan bermula pada minggu kedua persekolahan.

-Bernama 

Tags: Bantuan Awal Persekolahanbap
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Belanjawan 2024 Tidak Pinggir M40, Bantuan Awal Persekolahan Tetap Ada’ – Zahid Hamidi

‘Belanjawan 2024 Tidak Pinggir M40, Bantuan Awal Persekolahan Tetap Ada’ – Zahid Hamidi

15/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, dakwaan golongan M40 dipinggirkan dalam Belanjawan 2024 tidak sepatutnya timbul...

Belanjawan 2024: Ibu Bapa Resah Bantuan Awal Persekolahan Tidak Tersenarai

Belanjawan 2024: Ibu Bapa Resah Bantuan Awal Persekolahan Tidak Tersenarai

14/10/2023
0

PETALING JAYA – Golongan ibu bapa mula mempersoalkan bantuan awal persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua pelajar selepas perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd