• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanjawan 2024: Ibu Bapa Resah Bantuan Awal Persekolahan Tidak Tersenarai

oleh Mohd Arshad
14/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Belanjawan 2024: Ibu Bapa Resah Bantuan Awal Persekolahan Tidak Tersenarai
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Golongan ibu bapa mula mempersoalkan bantuan awal persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua pelajar selepas perkara itu tidak diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2024 semalam.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati, rata-rata ibu bapa masih mengharapkan bantuan BAP kerana ia sekurang-kurangnya dapat membantu mereka membuat persediaan persekolahan untuk sesi yang akan datang.

Kata mereka, BAP itu penting memandangkan pembukaan sesi persekolahan tahun hadapan adalah hampir dengan tarikh umat Islam menyambut kedatangan bulan puasa dan persiapan Aidilifitri.

“Aku perasan semalam PM (Perdana Menteri) tidak sebut berkenaan bantuan awal persekolahan, masih ada lagi atau tidak ya?,” soal Muhalim Omar.

“Harapnya BAP masih diteruskan, tahun depan buka sekolah sekali dengan puasa, nak buat persiapan Hari Raya Aidilfitri lagi. Kalau BAP diteruskan ringanlah sikit beban,” kata Rohani Ahmad.

Sementara itu, menurut seorang pengguna media sosial dikenali Nastasha Nordin meluahkan betapa susahnya ibu bapa apabila BAP tidak diteruskan.

“Ikut belanjawan 2024 yang PMX umumkan malam tadi, tiada BAP iaitu Bantuan Awal Persekolahan. Bermakna, ibu ayah kena standby (siap sedia) dengan bajet.

“Bulan Mac depan banyak belanja yang akan dikeluarkan. Dengan nak masuk sekolah lagi, dengan nak puasa dan raya lagi. Banyak belanja nak digunakan.

“Memang ramai yang mengeluh. Nak-nak ibu ayah anak ramai. Terasa beban itu. Selalunya ada BAP ni, rasa boleh bernafas sedikit. Tapi sekarang dah tak boleh harapkan orang lain. Kita kena bangkit sendiri,” luahnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) pada 2022 di Dewan Rakyat memaklumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan BAP bernilai RM150 kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.

Beliau berkata, langkah itu penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain memberi perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid berdasarkan kriteria-kriteria berikut iaitu murid warganegara Malaysia, murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima atau yang setaraf dengannya dan murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK); Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK); Sekolah Agama; Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan; Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih; Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

Kosmo-

Tags: Bantuan Awal PersekolahanBelanjawan 2024
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agihan BAP Dijangka Selewat-Lewatnya Hujung Minggu Ini – TKP Pendidikan

Agihan BAP Dijangka Selewat-Lewatnya Hujung Minggu Ini – TKP Pendidikan

11/01/2026
0

KUALA TERENGGANU - Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 kepada semua murid di seluruh negara dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada...

Belanjawan 2024: RM6 Juta Untuk Rumah Perakku Prihatin

Belanjawan 2024: RM6 Juta Untuk Rumah Perakku Prihatin

01/12/2023
0

IPOH : Kerajaan negeri memperuntukkan RM6.0 juta bagi pelaksanaan Program Rumah Perakku Prihatin untuk tahun 2024. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd