• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Inspektor, 5 Anggota Polis Disyaki Terbabit Penyalahgunaan Dadah

oleh Mohd Arshad
04/01/2026
dalam Jenayah
0
2 Inspektor, 5 Anggota Polis Disyaki Terbabit Penyalahgunaan Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

Kuantan: Dua pegawai dan lima anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah, semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Thailand turut ditahan, hasil serbuan polis di premis perniagaan di Mentakab pada 2.15 pagi.

Menurutnya, dua inspektor serta lima anggota berusia antara antara 29 dan 42 tahun manakala lelaki tempatan dan dua wanita warga Thailand berusia 22 dan 37 tahun.

“Saringan ujian air kencing seorang pegawai dan lima anggota terbabit didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo.

“Turut disahkan positif dadah ialah lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand ditahan dalam serbuan itu.

“Bagaimanapun hasil saringan air kencing seorang pegawai polis dan seorang lagi wanita warga Thailand didapati negatif dadah,” katanya ketika dihubungi.

Yahaya berkata, hasil serbuan itu, polis turut merampas satu paket ketamin seberat 0.98 gram dan satu jag berisi cecair disyaki mengandungi dadah.

Menurutnya, dua pegawai dan lima anggota terbabit direman dua hari bermula semalam.

Katanya, lelaki tempatan dan dua wanita warga Thailand pula direman empat hari juga bermula semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah serta Seksyen 15(1) (a) kerana positif dadah.

-Harian Metro

Tags: penyalahgunaan dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

Lelaki Ugut Mahu Bunuh Anak Dua Tahun Ditahan

14/01/2026
0

Pasir Puteh: Lelaki ditahan selepas dipercayai mengugut untuk membunuh anak perempuannya berusia dua tahun di jeti Jalan Pak Mayong, Tok...

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

04/01/2026
0

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd