• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5

oleh Mohd Arshad
09/12/2025
dalam Jenayah
0
Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Sesyan di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap pelajar perempuan Tingkatan Lima di dalam kereta di Lata Janggut, Jeli, pada 29 November lalu.

Tertuduh, Muhammad Yushakimi Jamaludin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu dilakukan dalam Perodua Myvi di tempat letak kereta di Lata Janggut, Jeli pada jam 2.30 petang pada 29 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang boleu dihukum mengikut Seksyen 377B memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang sama serta di lokasi serta tarikh yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan, manakala tertuduh diwakili peguam Habibah Wahab.

Terdahulu, Siti Aiysha Na’ilah menawarkan jaminan RM20,000 manakala Habibah memohon jaminan minima diberikan memandangkan anak guamnya masih menuntut di sebuah universiti di Jeli dan masih dalam tanggungan kedua ibu bapa.

Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM10,000 untuk dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, sepasang kekasih tidak sempat melakukan hubungan seks di dalam kereta selepas terkejut dengan kehadiran polis.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, dilaporkan berkata susulan pemeriksaan polis itu, penuntut IPT berkenaan ditahan dan dipercayai suspek mengambil pelajar Tingkatan Lima yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah sebelum cuba melakukan hubungan seks dalam kereta di lokasi kejadian.

BHonline-

Tags: pelajar tingkatan 5Penuntut IPTSeks Luar Tabii
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

AI Bolehkan Penuntut IPT Terima Akses Maklumat Diselaras

AI Bolehkan Penuntut IPT Terima Akses Maklumat Diselaras

10/05/2024
2

Kuala Lumpur : Penuntut institusi pengajian tinggi bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan...

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

10/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyiapkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd