• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

oleh Mohd Arshad
dalam Politik
0
Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata pelaksanaan segala urusan pengundian, pengiraan, penjumlahan dan pengisytiharan keputusan PRN itu juga mematuhi prosedur serta peruntukan undang-undang ditetapkan.

Malah, beliau berkata, proses berkenaan dipantau semua parti politik, kumpulan pemerhati dan individu yang mengambil bahagian serta dilantik dalam PRN berkenaan.

“SPR mengambil maklum beberapa dakwaan tular dalam media sosial yang memberikan gambaran kurang tepat mengenai perjalanan pilihan raya, terutama tuduhan ketidaktelusan SPR melaksanakan proses PRN Sabah.

“Sebarang pertikaian mengenai proses atau keputusan pilihan raya sepanjang PRN Sabah ke-17, perlu dikemukakan melalui petisyen pilihan raya dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya diwartakan SPR kelak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Keputusan rasmi PRN Sabah ke-17 menyaksikan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia diikuti Parti Warisan (Warisan) 25 kerusi dan Barisan Nasional (BN) enam kerusi.

Selain itu, Bebas pula lima kerusi, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) – tiga, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) – dua, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) – satu, Perikatan Nasional (PN) – satu, dan Pakatan Harapan (PH) – satu.

Pada PRN Sabah kali ini, seramai 1,148,476 orang atau 64.35 peratus pengundi telah keluar mengundi.

Sementara itu, Khairul Shahril berkata, SPR menghargai dan berterima kasih kepada pengundi yang menjalankan tanggungjawab pada PRN Sabah ke-17.

SPR juga mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Insolvensi, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pendidikan.

Selain itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Meteorologi, Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, pihak berkuasa tempatan, Sabah Electricity Sdn Bhd, petugas media, serta semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan PRN Sabah kali ini.

-Berita Harian

Tags: PRN SabahSPR
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd