• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Di Nilai: Polis Temui Peranti Bahan Letupan Buatan Sendiri

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah
0
Letupan Di Nilai: Polis Temui Peranti Bahan Letupan Buatan Sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Polis Negeri Sembilan mengesahkan penemuan beberapa objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) susulan kejadian letupan yang berlaku di kawasan Desa Palma, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan NG MERS 999 kira-kira jam 7.08 pagi berhubung kewujudan objek meletup serta paku yang bertaburan di kawasan berkenaan.

“Sepasukan polis segera digerakkan ke lokasi kejadian dan hasil maklumat saksi awam mendapati letupan dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas rumah-rumah berhampiran telah membawa kepada penemuan tiga objek disyaki IED di dalam salah sebuah rumah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, kira-kira 250 meter dari lokasi kejadian, polis turut menemui kenderaan yang disyaki menjadi punca letupan terbabit.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan turut menemui beberapa peralatan dan bahan yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan,” katanya.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

“Polis akan terus memantau perkembangan kes dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,”katanya.

-Sinar Harian

Tags: Bahan Letupan Buatan SendiriLetupan Di Nilaipolis
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd