• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Dihempap Jentera Cerucuk Di Lawas

oleh Mohd Arshad
08/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Lelaki Maut Dihempap Jentera Cerucuk Di Lawas
Share on FacebookShare on Twitter

LAWAS, 7 Disember 2025 – Seorang lelaki maut dalam tragedi ngeri apabila jentera gerudi cerucuk tumbang dan menghempap kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya di Kampung Peruan, Jalan Long Tuma, petang tadi.

 

Mangsa, Bili Muli, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi selepas tersepit di dalam kenderaan Mitsubishi Triton yang remuk teruk dalam kejadian sekitar 4.55 petang.

 

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas yang tiba pada 5.03 petang menggunakan peralatan khas untuk memotong bahagian kenderaan sebelum berjaya mengeluarkan mangsa. Namun, pasukan perubatan Kementerian Kesihatan mengesahkan beliau sudah meninggal dunia sebaik dikeluarkan.

 

Operasi penyelamatan ditamatkan sepenuhnya pada 6.45 petang, sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Punca kejadian masih disiasat.

 

Tragedi ini turut mencetuskan kebimbangan orang ramai berhubung isu keselamatan jentera berat dan lori yang bergerak bebas di jalan raya tanpa kawalan ketat.

 

“Inilah masalah di negara ini… lori bebas bergerak membawa apa sahaja barang atas jalan raya. Di mana pihak berkuasa masa-masa ini… entahlah,” ujar seorang pengguna media sosial yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas kejadian berkenaan tular.

 

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kegagalan teknikal, kecuaian, atau faktor keselamatan tapak kerja menyumbang kepada insiden tragis ini.

Tags: kemalangan
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd