• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Pancung Masuk …Lelaki Baru Bergelar Suami Meninggal Dunia

oleh Mohd Arshad
15/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Kereta Pancung Masuk …Lelaki Baru Bergelar Suami Meninggal Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Baru Sebulan Bergelar Suami, Pekerja J&T Maut Dirempuh Kereta Di Jalan Kuchai Lama

 

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang baru sebulan mendirikan rumah tangga maut dalam kemalangan tragis selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, pada 8 Disember lalu.

Mangsa, Muhammad Harish Aiman Mat Zahid, 25, yang bekerja sebagai penghantar barangan J&T, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Kejadian itu tular di media sosial selepas keluarga dan kenalan memuat naik rakaman serta luahan pilu, mendakwa sebuah kereta tiba-tiba memotong dan ‘pancung masuk’ secara berbahaya, sebelum merempuh motosikal ditunggang arwah.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2025/12/VID_20251214_230418_451.mp4

Menurut isterinya, Rashidah Shahira Shamsuddin, 24, arwah suaminya baru sahaja selesai bekerja dan dalam perjalanan pulang ke rumah ketika kemalangan berlaku.

“Arwah baru habis kerja dan tengah balik rumah naik motosikal… tak sangka itu perjalanan terakhir dia,” katanya sebak.

Lebih memilukan, pasangan ini baru melangsungkan pernikahan pada 7 November 2025 di Pahang, manakala majlis bertandang di pihak lelaki sepatutnya diadakan pada 13 Disember 2025, namun hasrat tersebut tidak kesampaian.

“Kita hanya mampu merancang, tapi Allah menentukan segalanya,” tulis ahli keluarga arwah dalam satu hantaran di TikTok.

Tambah menyayat hati, keluarga memaklumkan semua hantaran perkahwinan dan persiapan majlis bertandang dihasilkan sendiri oleh arwah, termasuk penyediaan door gift, yang telah siap sepenuhnya sebelum kejadian.

“Hantaran semua hasil air tangan arwah sendiri… tak sempat arwah nak merasa semua barang hantaran. Preparation door gift semua dah siap, tinggal tunggu hari je, tapi semuanya jadi kenangan,” tulis keluarga arwah.

Di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa sedih dan marah, selain mendesak agar siasatan telus dijalankan serta keadilan ditegakkan buat arwah dan keluarganya.

“Macam tu je kereta pancung masuk. Mohon share dan repost, semoga ada keadilan untuk adik Muhammad Harish Aiman,” tulis seorang pengguna.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi terperinci berhubung punca kemalangan dan status siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Harish Aiman.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Tags: kemalangan
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd