• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Buat Laporan Polis Isu Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan Harimau Malaya

oleh Mohd Arshad
23/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
FAM Buat Laporan Polis Isu Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan Harimau Malaya
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk membuat laporan polis susulan penemuan serius membabitkan isu pemberian kewarganegaraan dan pemalsuan dokumen terhadap tujuh pemain warisan baharu skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Eksekutif FAM kali keempat bagi penggal 2025–2029 yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, dan dipengerusikan oleh Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Mesyuarat berkenaan membincangkan laporan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif.

Laporan tersebut mengenal pasti dua isu utama iaitu proses pemberian kewarganegaraan Malaysia serta unsur pemalsuan dan penipuan dokumen yang melibatkan pemain warisan baharu Harimau Malaya.

Menurut FAM, IIC telah mengemukakan tiga syor utama termasuk keperluan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan, penambahbaikan tadbir urus pendaftaran pemain warisan serta langkah tegas bagi memastikan isu pemalsuan dokumen tidak berulang demi menjaga reputasi dan integriti bola sepak negara.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Eksekutif FAM bersetuju untuk melaksanakan sepenuhnya syor berkenaan, termasuk meneruskan penggantungan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman.

Kes beliau akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM bagi tindakan lanjut.

Dalam perkembangan sama, FAM turut memaklumkan bahawa FIFA akan menjalankan siasatan tersendiri terhadap Datuk Noor Azman berhubung isu yang dibangkitkan.

FAM menegaskan komitmen mereka untuk memperkukuh tadbir urus persatuan, memastikan ketelusan dalam pendaftaran pemain warisan serta melindungi integriti bola sepak Malaysia daripada sebarang salah laku yang boleh mencemarkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Siaran media dikeluarkan pada Isnin, 22 Disember 2025.

Tags: FAMFAM Datuk Hamidin Mohd Amin
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd