• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid

oleh Mohd Arshad
16/11/2025
dalam Politik
0
PRN Sabah: Punca Rahman Dahlan Tarik Diri Tanding Di Tempasuk, Ini Penjelasan Ahmad Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD: Tiada masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menarik diri sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata Abdul Rahman membuat keputusan itu secara terhormat selepas berbincang dengan beliau bagi memberi peluang kepada calon muda yang diketengahkan oleh UMNO Sabah.

“Beliau (Abdul Rahman) telah bertemu dengan saya, sebelum itu beliau menelefon saya untuk memohon penarikan diri. Dua hari lepas pun beliau bersama saya dan juga calon di Tuaran.

“Hari ini saya ke Kota Belud, semalam Abdul Rahman sendiri datang mengiringi calon (di Kota Belud) dan tidak ada sedikit pun permasalahan di dalam BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Lindung Kerjaya di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.

Program berkenaan turut dihadiri calon BN bagi kerusi DUN Usukan, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak; calon BN bagi kerusi DUN Pintasan, Tadzul Radim serta calon BN bagi kerusi DUN Tempasuk, Azuwan Marjan @ Norjan.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata keputusan itu membuktikan Abdul Rahman berjiwa besar dan sentiasa mendahulukan kepentingan parti berbanding diri sendiri sekali gus sebagai teladan kepada pemimpin lain dalam memastikan semangat perpaduan dan kekuatan BN terus utuh di Sabah.

“Memang benar, di peringkat awal tawaran telah diberikan kepada Abdul Rahman, tetapi beliau telah menarik diri kerana merasakan peluang harus diberikan kepada anak muda. Jadi saudara Azwan Marjan telah diputuskan oleh UMNO Sabah untuk diketengahkan sebagai calon di Tempasuk.

“Tentunya kita ucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman yang telah memberikan peluang ini kepada Azwan. Mudah-mudahan Azwan akan memenangi kerusi Tempasuk ini,” katanya.

Di DUN Tempasuk, penyandangnya Datuk Mohd Arsad Bistari mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ditentang John Samud (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat atau KDM), Dr Rimin Maun (Parti Kebangsaan Sabah atau PKS), Timuti Majitol (Parti Impian Sabah atau PIS), Mohd Khidir Lamsil (Warisan), Walter Mark Mukis (Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR) dan Azwan (BN).

Bernama-

Tags: BNDatuk Seri Abdul Rahman DahlanPRN Sabah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd