• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: GRS Dijangka Umum Calon 11 Atau 12 November

oleh Mohd Arshad
03/11/2025
dalam Politik
0
PRN Sabah: GRS Dijangka Umum Calon 11 Atau 12 November
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 11 atau 12 November ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata senarai calon sudah dimuktamadkan dan hanya menunggu pengumuman.

“Pengumuman calon saya akan buat mungkin sekitar 11 atau 12 hari bulan (November), tiga atau empat hari sebelum penamaan calon,” katanya selepas menyampaikan watikah Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) 4.0 kepada 42 anak muda di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 November ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 November.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata terdapat individu tidak berpuas hati kerana tidak disenaraikan sebagai calon dan bertindak keluar parti, namun mereka sepatutnya memperjuangkan kepentingan parti terlebih dahulu.

“Kita perlu mempunyai kualiti dan tidak sepatutnya merajuk serta meninggalkan parti hanya kerana tidak mendapat (jadi) calon,” katanya.

Beliau berkata, manifesto GRS pula dijangka dilancarkan satu atau dua hari selepas penamaan calon.

Bernama-

Tags: GRSPRN Sabahumum calon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: AI Chatbot Medium BN Perkenal Calon, Tapis Berita Palsu

PRN Sabah: AI Chatbot Medium BN Perkenal Calon, Tapis Berita Palsu

08/11/2025
0

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini menggunakan AI Chatbot BN Sabah - satu inisiatif teknologi baharu bagi memperkenalkan...

PRN Sabah: PAS Dijangka Tanding 5 Daripada 40 Kerusi PN

PRN Sabah: PAS Dijangka Tanding 5 Daripada 40 Kerusi PN

05/11/2025
0

KOTA BHARU: PAS sudah memuktamadkan akan bertanding lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd