• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: DUN Tulid Saksi Pertembungan Sengit 14 Penjuru

oleh Mohd Arshad
15/11/2025
dalam Politik
0
PRN Sabah: DUN Tulid Saksi Pertembungan Sengit 14 Penjuru
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tulid Menyaksikan pertembungan paling sengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, apabila 14 calon disahkan bertanding di kawasan dalam Parlimen Pensiangan.

Antara calon yang bertanding ialah Rufinah Pengeran daripada Pakatan Harapan (PH), Vinson Rusikan (Parti Kebangsaan Sabah atau PKS), Lucia Khing (Parti Warisan), Datuk Everitus Gungkit (Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR), Mohd Khairil Abdullah (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu atau UPKO), Ancis@Rayner Francis Udog (Parti Impian Sabah atau PIS), Jufina Dimis (Parti Rumpun Sabah) dan Dr Aisat Ellik Igau Inggau (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat atau KDM).

Enam calon Bebas iaitu Suman @ Sunsunah Yasambun, Clarence Carter Maraat, Edwin Laimin, Jordan Jude Ellron, Engah Sintan @ Dahlan Abdullah dan Lautis @ Laulis Anggang, yang kali pertama dipertandingkan pada 2020.

DUN Tulid mempunyai 16,551 pengundi dan pada PRN Sabah Ke-16, kerusi itu dimenangi oleh Flovia Ng daripada STAR dengan majoriti 544 undi.

Empat lagi DUN menerima 13 pencalonan iaitu Tamparuli, Inanam dan Kapayan dan Bandau manakala Banggi mencatat pertandingan 12 penjuru.

Enam DUN mencatat persaingan 11 penjuru iaitu Bengkoka, Tanjong Kapor, Karambunai, Tanjung Keramat, Balung dan Pintasan yang menyaksikan penyertaan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bekas Speaker Dewan Rakyat itu, yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berdepan calon Barisan Nasional (BN) Tadzul Radim, Awang Salleh Makmud (Perikatan Nasional-PN), Raplin Samat (STAR), Abdullah Otong (Warisan), Lomog Rudin @Efejus Rudin (PIS), Almudin Kiada (KDM) serta empat calon Bebas iaitu Syarif Mohd Shukree Danchingan, Datuk Fairuz Renddan, Tajuddin Padis dan Mohd Rizal Saiman.

Pertandingan enam penjuru pula, yang juga persaingan paling banyak dicatat pada PRN kali ini, membabitkan 13 DUN iaitu Pitas, Matunggong, Usukan, Darau, Likas, Kuala Penyu, Lumadan, Sungai Manila, Sekong, Lamag, Kunak, Apas dan Sri Tanjong.

Persaingan paling sedikit direkodkan di DUN Senallang dan DUN Merotai masing-masing membabitkan empat penjuru.

Turut menjadi tumpuan ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yang berdepan pertandingan lima penjuru di DUN Sulaman iaitu kerusi yang disandang oleh Pengerusi GRS itu sejak tahun 1990.

Bilangan calon Bebas yang bertanding pada PRN Sabah kali ini melonjak kepada 74 orang berbanding 56 pada pilihan raya sebelumnya.

Jumlah itu menjadikan calon Bebas sebagai entiti terbesar pada PRN kali ini, mengatasi parti politik lain di Sabah.

Secara keseluruhan, seramai 596 individu menyerahkan pencalonan mereka hari ini. Antara ahli politik terkenal tempatan yang memilih bertanding sebagai calon Bebas pada PRN kali ini ialah Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda (DUN Tanjong Kapor) dan bekas Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Fairuz Renddan (DUN Pintasan).

Penyandang DUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah, yang juga Ketua Bahagian PGRS, turut bertanding sebagai calon Bebas di kawasan itu.

Bekas Ketua Sayap Pemuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jordan Jude Ellron juga bertanding sebagai calon Bebas di DUN Tulid manakala bekas Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) serta penyandang DUN Kukusan Datuk Rina Jainal turut bertanding atas tiket Bebas di kawasan itu pada PRN kali ini.

Warisan muncul sebagai parti politik yang meletakkan calon paling ramai iaitu 73 orang manakala Parti Impian Sabah (PIS) pula mencalonkan 72 wakil.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyusul di tempat keempat dengan 53 calon diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 45 calon.

Sementara itu, Perikatan Nasional bertanding di 42 kerusi manakala Pakatan Harapan meletakkan 22 calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian manakala undi awal pada 25 November.

-Harian Metro

Tags: DUN TulidPRN Sabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Hanya Menang 1 Kerusi PRN Sabah: PN Akan Laksanakan Kajian, ‘Post-mortem’ Menyeluruh

Hanya Menang 1 Kerusi PRN Sabah: PN Akan Laksanakan Kajian, ‘Post-mortem’ Menyeluruh

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan melaksanakan kajian serta 'post-mortem' menyeluruh susulan hanya memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd