• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Dua Lelaki Terbabit Rakaman Video Tak Senonoh Dalam Kereta

oleh Mohd Arshad
21/11/2025
dalam Jenayah
0
Polis Tahan Dua Lelaki Terbabit Rakaman Video Tak Senonoh Dalam Kereta
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam rakaman melakukan perkara tidak senonoh di dalam kereta seperti tersebar beberapa hari lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki masing-masing berusia 19 dan 36 tahun itu ditahan pada semalam dan hari ini.

“Polis Kontinjen Negeri Sembilan menjalankan siasatan terhadap dua laporan polis yang diterima berhubung penularan video di media sosial berkaitan kelakuan tidak senonoh dua individu dalam sebuah kenderaan.

“Hasil siasatan, polis mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Bahau. Tangkapan dibuat ke atas dua lelaki pada semalam dan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny berkata, turut dirampas sebuah kenderaan jenis Perodua Alza dan dua telefon bimbit.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377d Kanun Keseksaan bagi kesalahan kelucahan melampau di tempat awam dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun.

“Polis turut menjalankan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ke atas penularan berita tidak benar dalam media sosial mengaitkan kes ini dengan imam masjid di daerah Seremban.

“Kami sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berdasarkan peruntukkan undang-undang sedia ada.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau kandungan di ruangan awam mahupun media sosial,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: lelakipolisTahanVideo Tak Senonoh
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

AGC Arah Polis Segera Lengkapkan Siasatan Kematian Pemandu Lori Dalam Tahanan

AGC Arah Polis Segera Lengkapkan Siasatan Kematian Pemandu Lori Dalam Tahanan

06/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman untuk segera...

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd