• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Tentera Turkiye Terhempas

oleh Mohd Arshad
13/11/2025
dalam Terkini
0
Pesawat Tentera Turkiye Terhempas
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Sebuah pesawat tentera Turkiye yang terhempas di Georgia tidak sempat menghantar sebarang isyarat kecemasan sebelum kejadian, lapor akhbar prokerajaan Turkiye pada Khamis.

Memetik sumber tidak dinamakan, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti, serpihan pesawat tersebut akan dibawa ke pangkalan udara Erkilet di Kayseri, Turkiye untuk siasatan teknikal.

Pada Selasa, Kementerian Pertahanan Turkiye berkata, pesawat pengangkut tentera Lockheed C-130 Hercules telah terhempas di Georgia.

Pada Rabu, Presiden Recep Tayyip Erdogan memaklumkan bahawa mayat 19 mangsa yang terkorban dalam nahas itu telah ditemukan.

Beberapa rakaman video yang dilaporkan dirakam oleh seorang pengembala dan dikongsi di media sosial menunjukkan bahagian ekor pesawat itu tercabut terlebih dahulu.

Badan utama pesawat empat enjin itu kemudian kelihatan berasap sebelum berpusing-pusing menjunam ke tanah, lapor akhbar berkenaan.

Analisis terhadap komunikasi radio kru dan data daripada kotak hitam pesawat dijangka akan mendedahkan butiran penting di sebalik kejadian itu, lapor akhbar Turkiye.

Saksi kejadian berkata, tiada letupan atau kebakaran berlaku semasa pesawat itu masih di udara.

Kebakaran hanya tercetus selepas ia terhempas, disertai dengan satu letupan, menurut laporan itu lagi.

-Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Tags: Pesawat TenteraterhempasTurkiye
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil

Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Raja, Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal KD Tunku...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd