• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Curi Pakaian Dalam Dicekup, Polis Berjaya Selesai Empat Kes Sejak Mei Lalu

oleh Mohd Arshad
17/11/2025
dalam Jenayah
0
Lelaki Curi Pakaian Dalam Dicekup, Polis Berjaya Selesai Empat Kes Sejak Mei Lalu
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam beberapa kejadian kecurian pakaian dalam di sekitar Mutiara Rini dan Gelang Patah ditahan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, sebelum itu seorang lelaki membuatkan laporan polis pada Khamis berhubung kecurian pakaian dalam.

“Pengadu berusia 50 tahun memaklumkan pakaian dalam milik dirinya dan isteri yang dijemur di luar rumah telah dicuri pada jam lebih kurang 3.10 petang.

“Suspek mencuri pakaian dalam dari arah luar pagar yang dijemur di hadapan rumah.

“Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota telah membuat tangkapan ke atas suspek pada kira-kira jam 6.30 petang, Ahad di kawasan Gelang Patah.

“Hasil semakan mendapati suspek berusia 31 tahun tidak mempunyai rekod lampau dan saringan awal air kencingnya didapati negatif dadah,” katanya lagi.

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai dicuri, antaranya 52 pasang baju dalam wanita, 12 pasang seluar dalam wanita, dua pasang seluar dalam lelaki, serta satu penyangkut pakaian berwarna hijau.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan empat kes kecurian pakaian dalam yang berlaku sejak Mei lalu.

“Suspek kini direman empat hari bermula Isnin mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,”ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: CekupPakaian Dalampolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd