• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ellron vs Arthur, Siapa Akan Menang Di Sook.

oleh Mohd Arshad
27/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Ellron vs Arthur, Siapa Akan Menang Di Sook.
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Rohana Man

Kurang 48 jam dari sekarang, penduduk daerah pedalaman Sook dekat Keningau, Sabah akan memilih calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.45 Sook, pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), 29 November ini.

 

Siapakah yang bakal melangkah masuk ke dewan yang paling berkuasa di peringkat negeri itu?

Daripada lima calon bertanding, siapa paling layak dan berjaya memenangi hati penduduk yang masih dibelenggu masalah tanah, elektrik dan air?

 

Penulis yang telah berkampung di Sook selama hampir dua minggu bagi mengikuti perkembangan dan perjalanan PRN17 mendapati saingan sengit berlaku antara penyandang dari parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Ellron Angin, 66 tahun, dan calon anak muda dari Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup,43 tahun.

 

Ellron menang PRN16 pada 2020 dengan majoriti 1,222 undi.

 

Beliau yang bertanding atas tiket parti STAR-PN meraih 3,554 undi.

 

Ia adalah kemenangan Ellron kali keempat dalam PRN Sabah dan bermakna selama 20 tahun, beliau telah menjadi wakil rakyat Sook.

 

Malangnya selama tempoh yang panjang itu, Ellron gagal melaksanakan janji-janji pilihan raya sehingga penduduk merasa muak dengan janji yang ditabur sepanjang kempen PRN17, sejak hari penamaan calon pada 15 November 2025.

 

Malah lebih teruk, beliau mengaku projek menaiktaraf Jalan Karamatoi adalah projek beliau, sedangkan itu adalah projek Arthur.

 

Kenyataan yang mengelirukan itu telah dijawab oleh Arthur dengan tenang dan tindakan mahkamah akan diambil terhadap pihak terbabit.

 

Terbukti Arthur tidak cepat melatah, sebaliknya berjaya menangani tuduhan liar itu dengan bijaksana.

 

Pengundi sekarang bukannya mudah digula-gulakan dengan cerita tanpa bukti. Inilah yang menjadi senjata utama Arthur dalam memenangi hati rakyat.

 

Apa yang dicakap bukan sekadar cakap kosong, sebaliknya sudah terbukti dan boleh dilihat dengan mata penduduk yang sudah jemu dengan janji palsu Ellron.

 

Projek menaiktaraf jalan raya melibatkan Sapulut, Pagalungan, Sinaron, Tongod dan Rancangan Beliau Tiulon sedang rancak dibina.

 

Begitu juga sebanyak lima buah sekolah sedang dibina dengan SMK Trusmadi hampir siap dan akan mula beroperasi tahun depan.

 

Projek kilang kopi di Nabawan pula bakal memberi peluang pekerjaan kepada anak muda. Inilah yang ditunggu-tunggu anak muda Sook.

 

Selain itu, bantuan pendidikan kepada 2,000 pelajar dan warga emas serta orang sakit sebanyak 5,000 penerima turut membuktikan Arthur menunaikan semua janji-janji pilihan raya semasa bertanding mempertahankan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022.

 

Begitu banyak pembangunan yang terbukti benar berlaku di daerah Sook termasuk Arthur berjaya membawa masuk Agro Bank dan pasar raya moden di pekan Sook pada Ogos lalu.

 

Di pekan Sook, tinjauan penulis mendapati kedai-kedai yang dibuka di blok bangunan baharu yang dibina Arthur memberi peluang pekerjaan kepada anak muda berusia 20-an.

 

Lebih banyak peluang pekerjaan akan dibuka kepada anak muda sekiranya Arthur dipilih menjadi wakil rakyat kelak.

 

Ini bukan janji tetapi tawaran kepada segenap lapisan penduduk Sook yang dahagakan pembangunan.

 

Kesemua fakta tersebut memberi isyarat positif kepada Arthur dan beliau dijangka menang mudah.

 

Penganalisis politik berkata, calon No 4 itu akan mendapat banyak undi daripada anak muda, selain daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) yang sudah berikrar untuk memberi undi kepada Arthur.

 

Penduduk kampung yang berasa tertipu dengan janji palsu Ellron juga akan memangkah lambang timbangan pada PRN kali ini.

 

Ellron pula akan berputih mata apabila takhta yang dipegangnya selama 20 tahun akan berpindah ke tangan calon muda yang lebih berkarisma.

 

Melihat senarai kegagalan projek yang dijanjikan Ellron pada PRN16, sudah tentu penduduk Sook berasa insaf untuk tidak mengundinya lagi.

 

Cukup sekadar memetik beberapa janji kosong Ellron iaitu gagal membantu penduduk menyelesaikan masalah hak milik tanah, bekalan air kerap terputus dan gangguan elektrik yang berterusan; gagal menyempurnakan Program Perumahan Rakyat Sejahtera; projek Taman Tasik Pekan Sook gagal diteruskan; tidak menyiapkan pembinaan Kompleks Sukan Sook dan banyak lagi termasuk janji membina jalan raya baru.

 

Selain kegagalan itu, Ellron kini sedang disiasat SPRM berhubung laporan rasuah oleh ahli perniagaan, Albert Tei.

 

Satu demi satu kegagalan Ellron dilondehkan penduduk yang kini mula sedar bahawa sudah tiba masanya mereka mempunyai wakil rakyat baharu yang jujur dan bekerja keras demi masa hadapan Sook yang lebih gemilang.

 

Ayuh pengundi Sook, kita sepakat menolak Ellron pada tarikh 29 November ini.

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Spekulasi mengenai bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan diangkat sebagai Menteri Besar Johor jika Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd