• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kilang Perabot Terbakar

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Dua Kilang Perabot Terbakar
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Dua buah kilang perabot musnah dalam kebakaran di Jalan Baru Sungai Buloh, di sini pada Isnin.

Peniolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 5.48 petang.

“Seramai 29 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh serta bantuan BBP Bukit Jelutong, BBP Damansara, BBP Rawang dan BBP Subang Jaya bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh sembilan kilometer,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 5.59 petang mendapati kebakaran membabitkan dua struktur kelas B.

“Lot pertama dilaporkan terbakar 80 peratus, manakala lot kedua pula musnah 20 peratus. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.44 petang.

“Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan oleh anggota bomba. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: kebakarankilang perabot
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd