• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

oleh Mohd Arshad
02/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri
Share on FacebookShare on Twitter

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri

 

MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini gempar malam tadi apabila seekor buaya sepanjang kira-kira 1.5 meter dilihat berada di atas jalan raya.

Dalam kejadian sekitar jam 10.00 malam itu, reptilia berkenaan dipercayai tersesat dari habitat asalnya sebelum dilanggar oleh sebuah kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.03 malam sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati seekor buaya berada di atas jalan dengan kesan kecederaan akibat dilanggar. Anggota bertindak pantas menangkap haiwan itu menggunakan tali jerut,” kata kenyataan JBPM.

Buaya berkenaan berjaya ditangkap dalam masa singkat dan diserahkan kepada pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk tindakan lanjut.

Operasi berakhir sepenuhnya pada jam 10.38 malam, dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Insiden itu menarik perhatian orang ramai yang berada berhampiran lokasi, dengan ada yang sempat merakam kehadiran reptilia berkenaan sebelum pihak berkuasa tiba.

Tags: Buaya
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Lelaki Hilang Dibaham Buaya Ketika Memancing

Lelaki Hilang Dibaham Buaya Ketika Memancing

08/07/2025
0

LIMBANG - Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di tebing sungai berhampiran Kampung Pandam di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd